:: banner U.B.I.S. ::

Thursday, 8 December 2011

Apa itu TARIKAT?? :D



hola hola ! :DD
entry pasal tarikat lak eh...hehe :)
kongsi jea ap y wana taw..hehe :D
kalau salah tegur laa eh...thanks suma :DD

------------------------------------------------
Tarikat ialah perjalanan......

Satu terjemahan daripada perjalanan diri manusia menuju Kehadrat Ilahi(perjalanan Hati)

Bermula dengan SYariat.....kemudian Tarikat....Dan Hakikatnya....Lalu Makrifah.

Kalau tak masuk Kumpulan tarikat pun , kita boleh Bertarikat dengan berzikir sendirian menyebut Nama Allah Banyak Banyak , tidak kira masa dan di mana sahaja. Dalam HATI>

Biasanya kumpulan tarikat akan memilih zikir zikir tertentu dari nama Allah dan di ajarkan kepada muridnya secara berperingkat....mengikut tahap yang dapat diterima Muridnya.


APAKAH TA'RIF TORIQAT SUFIYYAH?


Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu mengerjakan Zikrullah, Muraqabah (tafakkur/merenung) dan Mushadah(syuhud/menyaksikan) sehingga seseorang menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyah dengan sebenar Ubudiyyah

Toriqat Sufiyyah menerangkan cara2 seseorang menjalani jalan Ketuhanan sehingga menjadi hamba Allah yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah.

Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah Dengan demikian membebaskan dirinya daripada sifat2 mazmumah (sifat2 kekejian) serta menghiasinya dengan segala sifat Mahmudah(sifat2 kepujian). 

Toriqat Sufiyyah adalah satu disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan kitabullah dan Sunnah RasulNya. Dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta'ala dengan RahmatNya kepada hakikat Islam, Iman dan Ihsan.


Dan banyak lagi makna-makna yang serupa yang diberikan oleh sekalian Arifin Billah yang semua ini tidak bertentangan. Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri) bebas daripada segala sesuatu selain Allah. Sehingga hanya Allah bertahta didalam hatinya. 

Latihan ini adalah berperingkat2 dan melalui jangkawaktu yang lama. Semuanya bergantung kepada 
keikhlasan seseorang menuju Allah serta Rahmat Allah kepadanya untuk menarik hamba itu ke hadratNya.

---------------------------------------------
kalau nk tahu lebih lanjut an.....
naah ! usha laa lama web nie eh...
tapi kan...sekarang nie ad banyak dh tarikat yang diseleweng n jadi sesat,,,
so,,,hati2 lha na...

"Bicara Ad-Din"


yang baik itu datang dari ALLAH,,,,
yang lemah itu datang dari diri iwana sendri....  

:: TATA ::

:: THANKS ARIGATO SEE U AGAIN ::

0 kata2 semangat !: