ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Ada orang bertanya
"Iwana, kenapa lama tak update blog?", dan ada jua yang menepis kata,,,
"Mula-mula je semangat, lepas tu senyaplah"....
Menulis Di Mana Niatnya
Andainya kehidupan blogger kerana ingin menempah populariti melalui dunia maya, maka tulislah apa sahaja karangan yang sedap dibaca, susunlah kalimah-kalimah pujangga sehingga menawan hati pembaca, usah difikirkan ianya bermakna atau lansung tak punyai harga. Ayuh kita tafakkur sejenak dan tanyakanlah pada diri sendiri, apakah kita sering mentajdidkan niat sebelum menulis sesuatu karangan?, apakah kita berwudhuk sebelum menulis karya yang ingin diterbitkan?, apakah kita mengamalkan dua rakaat solat sebelum jari mula menulis helain demi helaian?, empunya diri yang menulis punyai jawapannya. Dosa si tangan itu bukan semestinya merompak dan mencuri harta manusia, bukan semestinya melukakan badan sesiapa, tapi dosa tangan dan jari-jemari itu boleh bermula dengan sebab salahnya tulisan yang disebar pada manusia. Maka apa yang saya tekankan pada diri sendiri dan pembaca sekalian, andainya ilmu yang ingin dikongsikan itu amat bermakna maka silalah tebarkan kalimah-kalimahnya, namun andainya sekadar untuk memastikan blog kalian tidak sunyi daripada update yang terlalu lama, maka sebenarnya berdiam diri itu lebih baik untuk kita selaku hambaNya. Biarkanlah pembaca menemui penulis-penulis yang lebih bersih hatinya dan lebih 'alim ilmunya, semoga kebaikan yang kita impikan itu kita jua beroleh manfaatnya.
Aplikasi blog harus di gunakan seandainya ianya untuk menyebarkan ilmu dan memberi nasihat serta peringatan, tetapi seandainya ilmu yang disebarkan itu hanya menyesatkan orang lain, maka haramlah hukumnya. Dan andainya sesuatu artikel itu tujuannya untuk mengelirukan masyarakat atau memecahbelahkan masyarakat, maka buanglah saja komputer yang digunakan itu ke dalam laut, kerana itu lebih bermakna daripada terus menerus memecahbelahkan manusia, dan inilah realiti yang kita temui pada hari ini. Betapa ramai orang yang menulis kerana benci, kerana dengki dan sebagainya.
Menulis adalah ranting-ranting dakwah, tapi janganlah ghairahnya menulis sehingga meninggalkan kewajipan yang lebih utama. Menulis hanyalah dakwah dengan kata-kata, dan setiap insan mampu berkata-kata, kadangkala ada yang amanah dengan apa yang dikata dan sebahagiannya pula hanyalah hipokrit semata-mata. Cantik manis pada kata-katanya, namun jauh sekali bila dilihat kehidupan realitinya. Nauzubillahi min zaalik. Jadikanlah dakwah bil hal(perbuatan) itu sebagai dakwah yang paling utama, gerak kerja untuk islam masih banyak yang belum terlaksana, jangan pula dihambakan diri dihadapan komputer. Semoga kita mampu menengutamakan yang lebih utama, dan menulis bilamana untuk sesuatu yang perlu, bukan menulis untuk sesuatu yang dimahu.

sumber : JADILAH INSAN BERILMU
:: TATA ::
0 kata2 semangat !:
Post a Comment