:: banner U.B.I.S. ::

Friday 8 February 2013

Jibril A.S , Kerbau, Kelawar, dan Cacing

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.



suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pasa si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. malaikat Jibril AS segera pergi menemui si kerbau.

di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?". si kerbau menjawab, "Masya-Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri." 
mendengar jawapan itu, malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS medatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebah gua. kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senag dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar?". " Masya-Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacig. tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. mendengar jawapan itu, malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?". si cacing menjawab, " Masya-Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. apabila mereka tidak memiliki IMAN yang sempurna dan tidak beramal soleh, ketika mereka mati, mereka akan disiksa selama-lamanya."

NOTE : iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. manusia hendaklah berwaspada kerana iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.


:: WALLAHU'ALAM ::



:: THANKS ARIGATO SEE U AGAIN ::

2 kata2 semangat !:

Bios Logos said...

Assalamualaikum Iwana...blog awk cntik n sweet gitu...hihi

follow blog sy tau..
http;//mawar-sharkina.blogspot.com/

*Dzatun N.

★ Iwana Syafi ★ said...

@Bios Logos hee :) ad2 jea lah. makaseh awk :)